
Bermula dari rumah, kini miliki klinik esketika sendiri
PUCHONG – Bermula dengan perkhidmatan spa dari rumah, seorang usahawan wanita muda kini mampu berbangga apabila dapat membuka sebuah klinik estetik yang pertama miliknya di sini.
Pengasas Klinik N’mira, Nyak Amira Natasha Nyak Zurimin, 29, berkata, kejayaan pembukaan klinik tersebut merupakan simbol dedikasi, ketabahan dan semangat berpasukan pasukannya dalam menyediakan perkhidmatan rawatan estetik sejak lebih enam tahun.

Katanya, sepanjang tempoh itu, beliau dengan sokongan suaminya bekerja keras dan tanpa henti untuk merealisasikan hasrat membuka sebuah klinik estetik.
“Perjalanan sebagai usahawan bermula kerana masalah kewangan untuk mendirikan perkahwinan, seterusnya menjadi kerjaya yang diceburi sekarang.
“Pada awalnya niat saya hanya untuk membantu kewangan suami namun akhirnya dibukakan jalan dengan rezeki yang mencurah-curah untuk meneruskan sebagai kerjaya dan mengasaskan sebuah klinik estetik” katanya kepada Malaysia Tribune.
Dalam pada itu katanya, objektif utama klinik tersebut adalah untuk memberi kepuasan yang menyeluruh dan bertepatan dengan perkhidmatan yang dimahukan pelanggan.
Beliau berkata, harga yang ditawar oleh kliniknya bukan sahaja murah berbanding klinik lain, malah berpatutan dengan perkhidmatan yang diberikan.

“Klinik N’Mira berusaha mencipta persekitaran di mana setiap orang merasa selesa dan membuang tanggapan stigma masyarakat tentang klinik estetik.
“Dengan moto Kecantikan Anda Keutamaan Kami, Klinik N’Mira akan menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan dan kepuasan pelanggan,” katanya.
Sementara itu katanya, Klinik N’Mira berusaha meningkatkan keyakinan orang ramai dengan kelengkapan rawatan yang telah lengkap.
“Perubahan dari segi peningkatan perubatan dan rawatan, doktor estetika yang pakar, serta peralatan dan teknik yang optimum untuk kecantikan.
“Klinik N’mira akan meneruskan kesetiaan kepada pelanggannya dengan memberikan kepuasan melalui perkhidmatan yang terbaik,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |