
Beri ruang umi dan abah tenangkan diri sebentar – Abang Allahyarham Nurly Sahirah
BESUT – “Kami memutuskan tidak tidak menerima tetamu antara 2 hingga 5 Julai ini bagi membolehkan umi dan abah berehat sebentar.”
Demikian kata abang Allahyarham Nurly Shahirah Azman, Mohd. Najmuddin mengenai keputusan keluarga untuk untuk tidak menerima tetamu selama empat hari dari Rabu hingga Jumaat ini.
Katanya, keputusan itu dibuat bagi memberikan peluang dan ruang buat ibu bapanya yang tidak sempat berehat sejak hari pemergian adik (Nurly) lebih 20 hari lalu.
Keputusan itu juga dibuat “bagi meredakan keadaan.”
“Kami mohon jasa baik orang ramai memberi ruang kepada umi dan abah untuk menenangkan diri sebentar,” katanya, hari ini.
Beliau dalam masa yang sama turut menyatakan kekesalan mereka mengenai tindakan segelintir pengunjung mencium dengan taksub naskhah al-Quran tulisan arwah adiknya yang maut dalam nahas bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini.
Terdahulu, pihak keluarga turut menyatakan terpaksa memasang tali penghadang di sekeliling kubur Allahyarham bagi mengelakkan segelintir pengunjung melakukan tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |