Berita Semasa

Beri keyakinan penuh kepada PDRM jalankan siasatan – KDN

PUTRAJAYA – Orang ramai perlu bertenang dan memberi ruang kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan bagi mengenal pasti motif dan menjejaki suspek terlibat dengan perbuatan khianat di kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Seri Ngeh Koo Ham.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, masyarakat perlu mempunyai keyakinan penuh kepada pihak berkuasa, kerana keselamatan rakyat serta ketenteraman awam merupakan keutamaan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Dia adalah mangsa, dan dari segi siasatan polis, kita kata tugas polis untuk kenal pasti motif, mengesan suspek, mencari punca dan siasatan sudah pun bermula,” kata Saifuddin Nasution.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar khas di kementeriannya, di sini hari ini.

Beliau menambah, kenyataan Koo Ham bahawa perbuatan khianat di kediamannya itu mempunyai kaitan dengan tindakannya sebelum ini menyentuh bidang kuasa perundangan Islam hanyalah andaian semata-mata.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.55 pagi tadi, sebuah kenderaan milik Koo Ham musnah terbakar, manakala dua lagi kenderaan terjejas hampir 30 peratus akibat perbuatan khianat.

Kebakaran itu dipercayai akibat ‘molotov cocktail’ yang dilempar idividu yang belum dikenal pasti.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button