Berita Semasa

Berhemah ketika pamer solidariti terhadap Palestin – Mohd Na’im

PUTRAJAYA – Semua pihak diseru supaya tidak mengamalkan tindakan ekstrim ketika melakukan kempen solidariti bersama Palestin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, tindakan bersolidariti boleh dilaksanakan menerusi pelbagai pendekatan termasuk mendoakan kekuatan dan kesejahteraan mereka.

“Dalam isu Palestin, saya percaya semua pihak memahami bahawa kekejaman yang dilakukan pihak Zionis Israel terhadap rakyat Palestin tidak boleh diterima sama sekali. Tindakan yang dilakukan pihak Zionis Israel amat biadap, melampau serta di luar batas kemanusiaan.

“Walaubagaimanapun, apa jua tindakan yang diambil termasuk kempen solidariti kepada umat Palestin perlulah dibuat atas asas kebenaran, ilmu dan akhlak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa menyeru semua pihak supaya tidak mengambil tindakan ekstrem kepada mana-mana pihak dan sentiasa menjaga keharmonian dalam bermasyarakat dan sebarang tindakan yang boleh mengundang keresahan awam perlu dielakkan sama sekali.

“Apatah lagi (apabila) ia melibatkan fitnah, mencaci, maki hamun, ugutan dan sebagainya,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button