BERITA SEMASA

Berdegil pasang khemah di kawasan larangan, MPPD keluarkan 110 kompaun

PORT DICKSON – Sebanyak 110 kompaun telah dikeluarkan sejak 12 Januari lalu kepada pengguna yang masih berdegil memasang khemah di tiga kawasan pantai awam yang telah digazetkan sebagai kawasan larangan perkhemahan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Nicole Tan Lee Koon, tiga kawasan berkenaan adalah di Pantai Bagan Pinang, Pantai Saujana dan Pantai Cahaya Negeri, di sini.

Kata Nicole, tindakan tersebut dilaksanakan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di bawah Undang-Undang Kecil Taman (MPPD) 2008 dan individu bakal berhadapan dengan kompaun sebanyak RM1,000.

“Masih ada pihak yang degil melanggar peraturan berkenaan dan saya harap agar semua individu akan mematuhi peraturan yang ditetapkan itu demi kebaikan bersama.

“Apabila saya ditanya mengenai larangan ini, saya tegaskan ini adalah undang-undang dan peraturan. Semua individu harus mematuhinya kerana sebelum menguatkuasakan undang-undang ini kita sudah berbincang dengan pemegang taruh,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Program Malam Aspirasi Kebudayaan dan Kesenian Persona Port Dickson, di Dataran Seri Kemang, di sini malam semalam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button