BERITA SEMASA

Berbelas penuntut UPSI maut dalam kemalangan bas dekat Tasik Banding

KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dipercayai maut dan ramai cedera dalam kemalangan di Lebuhraya Timur-Barat, berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi tadi.

Menurut sumber, kemalangan pada pukul 1 pagi itu melibatkan bas yang disewa khas dan berlepas membawa pelajar dari Jertih, Terengganu.

Bas dikatakan membawa 44 orang pelajar
yang dalam perjalanan pulang ke kampus UPSI di Tanjung Malim, Perak.

Kemalangan turut melibatkan beberapa buah kenderaan lain.

Maklumat rasmi daripada pihak berkuasa masih belum diperolehi.

BERITA LANJUT AKAN MENYUSUL…

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button