
Houthi serang Israel guna peluru Hipersonik Palestine-2
ADEN – Kumpulan bersenjata Houthi semalam melancarkan serangan peluru berpandu balistik hipersonik ke arah Lapangan Terbang Ben Gurion di tengah Israel, sebagai sebahagian daripada operasi menyokong rakyat Palestin.
Jurucakap tentera, Brigadier Jeneral Yahya Sarea berkata, peluru berpandu jenis Palestine-2 digunakan dalam serangan yang disasarkan ke lapangan terbang utama Israel itu.
“Beberapa serangan tambahan menggunakan pesawat tanpa pemandu (UAV) turut dilancarkan ke tiga lokasi sensitif di Tel Aviv, Ashkelon dan Eilat.
“Selagi pencerobohan ke atas Gaza diteruskan, operasi ketenteraan kami akan berterusan,” katanya dalam satu kenyataan.
Angkatan Pertahanan Israel (IDF) dalam kenyataan berasingan mengesahkan pelancaran peluru berpandu dari arah Yaman.
“Serangan itu mengaktifkan siren amaran di beberapa kawasan tengah dan selatan Israel.
“Bagaimanapun, peluru berpandu tersebut berjaya dipintas oleh sistem pertahanan udara dan tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan,” katanya.
Susulan insiden itu, Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant menegaskan tindakan balas akan diambil terhadap kumpulan Houthi.
“Sebarang ancaman rentas sempadan tidak akan dibiarkan tanpa tindak balas,” ujarnya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |