BERITA SEMASA

Belum sesuai laksana semula GST berdasarkan situasi semasa – Amir Hamzah

KUALA LUMPUR – Kerajaan belum bercadang melaksanakan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) buat masa ini berdasarkan situasi semasa.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, GST tidak sesuai dilaksanakan kini kerana rakyat terutama yang berpendapatan rendah menghadapi cabaran kos sara hidup.

Katanya, dalam melaksanakan pembaharuan fiskal, kerajaan mengambil pendekatan yang progresif dalam konteks subsidi bersasar dan percukaian.

“Kerajaan akan terus mengutamakan untuk menambah baik sistem cukai sedia ada dan memperkenalkan percukaian yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan sebelum menilai keperluan untuk memperkenalkan cukai kepenggunaan baharu seperti GST.

“Sebarang perubahan dasar kepada sistem percukaian berasaskan kepenggunaan seperti melaksanakan semula GST perlu diteliti untuk memastikan ia bersifat progresif.

“Seterusnya, mudah ditadbir, tidak memberi impak negatif kepada kos sara hidup dan pertumbuhan ekonomi serta pada masa yang sama dapat menjana hasil yang mampan kepada kerajaan,” katanya ketika sesi Jawapan Menteri dalam sidang Dewan Rakyat di Parlimen, di sini hari ini.

Amir Hamzah berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) mengenai strategi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi meningkatkan pematuhan cukai dan sama ada kerajaan akan memperkenalkan semula GST seperti negara jiran.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button