
Beli pengilap Trapo, pegawai korporat menang BYD Dolphin
KUALA LUMPUR – Seorang pekerja swasta menerima kejutan terbesar sepanjang hayatnya apabila diumumkan pemenang peraduan yang melayakkannya membawa pulang hadiah sebuah kereta elektrik BYD Dolphin bernilai RM112,000.
Pegawai Korporat, Razlan Rahim diumumkan sebagai pemenang utama selepas berjaya meneka berat sebuah balang dengan tepat dalam pertandingan anjuran Trapo, jenama aksesori kenderaan popular tempatan.
Menurut Razlan, peluang menyertai pertandingan itu ditawarkan kepadanya selepas berbelanja kira-kira RM4,000 membeli barang-barang Trapo untuk menaik taraf kenderaan miliknya.
“Saya sangat teruja dan seperti masih tidak percaya bahawa saya adalah pemenangnya.
“Siapa sangka dengan hanya berbelanja membeli barang-barang Trapo, saya menerima hadiah yang cukup istimewa ini,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Trapo, Tzong Lee berkata, pemberian hadiah berupa kereta elektrik dan pelbagai lagi hadiah menarik itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang terus menyokong jenama tersebut.
“Pertandingan ini adalah cara kami memberi kembali kepada pelanggan yang bersama kami selama ini. Kami mahu meraikan mereka yang setia dengan Trapo dengan menawarkan hadiah luar biasa.
“Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen kami dalam menyediakan penyelesaian automotif berkualiti tinggi di samping mengukuhkan hubungan dengan komuniti pelanggan,” katanya.

Tambahnya, sebagai pengeluar aksesori kereta utama di Malaysia, Trapo merancang untuk menganjurkan lebih banyak pertandinga untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelanggan menikmati ganjaran istimewa.
Lee berkata, pemilihan pemenang pertandingan itu dibuat melalui dua peringkat, iaitu secara dalam talian dan luar talian, sebelum 10 finalis dipilih menggunakan sistem cabutan yang dikendalikan pihak ketiga.
Seterusnya, semua finalis dibawa ke cabaran meneka berat balang yang dipenuhi kepingan karpet kereta EVA Trapo dengan pemenang ditentukan berdasarkan tekaan paling hampir dengan berat sebenar.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |