BERITA SEMASADALAM NEGERI

Belanjawan 2025 : PDRM jamin perbelanjaan melalui tadbir urus kewangan terbaik

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik pembentangan Belanjawan 2025 yang memperuntukkan RM2.12 bilion untuk pasukan keselamatan itu dan juga agensi beruniform di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, peruntukan yang diberikan kerajaan itu akan dilaksanakan dengan tadbir urus kewangan yang terbaik selaras dengan ketenteraman dan keamanan negara.

Beliau berkata, inisiatif itu juga akan dipastikan terlaksana sejajar dengan usaha kerajaan untuk mensejahterakan rakyat serta memakmurkan negara berteraskan Ekonomi MADANI.

Katanya, PDRM juga kekal komited untuk menyampaikan perkhidmatan berpaksikan integriti dan tata kelola yang baik, serta mendukung dasar kerajaan.

“PDRM sangat menyambut baik dan menghargai usaha kerajaan dalam menyalurkan peruntukan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan lebih RM2.12 bilion untuk PDRM dan agensi di bawah KDN bagi menjamin keselamatan dalam negeri melalui usaha bersepadu membendung peningkatan kes jenayah selain mengekang anasir permusuhan yang memecah belahkan rakyat.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button