
Belanjawan 2025 dijangka dibentang pada 18 Oktober
PUTRAJAYA – Belanjawan 2025 dijangka dibentang di Parlimen pada 18 Oktober ini, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, tarikh tersebut menjadi pilihan setakat ini dan sebarang pindaan akan dimaklumkan kemudian.
“Insya-Allah sidang Parlimen untuk Oktober akan bermula pada 14 Oktober dan Belanjawan 2025 akan dibentangkan pada 18 Oktober.
“Ini adalah tarikh yang ditetapkan setakat ini, sekiranya ada apa-apa perubahan kita akan maklumkan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet yang diadakan di bangunan Kementerian Komunikasi, di sini hari ini.
Menurutnya lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyeru semua kementerian agar mengadakan sesi dialog belanjawan bersama pemegang taruh masing-masing.
Jelas beliau, sesi tersebut dibuat untuk mendapatkan maklum balas industri dan pemegang taruh dalam usaha membentuk Belanjawan 2025.
Dalam pada itu, beliau berkata maklum balas itu kemudiannya akan diteliti semula di peringkat Kementerian Kewangan agar ia dapat disuaikan dengan Belanjawan 2025.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |