
Belanjawan 2024: Tempoh proses sijil halal dipendekkan kepada 30 hari – PM
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan memendekkan tempoh memproses pensijilan halal daripada 51 kepada 30 hari.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.
“Halal Development Corporation (HDC) bersama-sama JAKIM akan menerajui usaha memudah cara pemprosesan pensijilan halal khususnya untuk pengeksport produk halal,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar turut memuji penganjuran Malaysia International Halal Showcase Ke-19 pada bulan
lalu yang telah merekodkan jualan produk halal mencecah RM3 bilion iaitu 24 peratus lebih tinggi daripada sasaran.
“Pameran halal terbesar dunia ini telah memadankan 469 syarikat tempatan dengan 231 pembeli antarabangsa dari 44 buah negara.
“Selaras dengan Pelan Induk Industri Halal 2030 yang menetapkan penanda aras sumbangan industri halal sebanyak 11 peratus kepada KDNK menjelang 2030, 9 institusi kewangan menawarkan program khusus untuk PKS halal di bawah platform bersepadu halal yang menawarkan akses kepada dana khas dan program bina upaya,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






