BERITA SEMASAPMX

Belanjawan 2023: Penjawat awam dapat duit raya RM700

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam sebanyak RM700 sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

Perdana Menteri membuat pengumuman tersebut ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, pemberian itu melibatkan semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Pada masa sama, katanya, bantuan sebanyak RM350 juga akan disalurkan kepada pesara kerajaan.

Beliau berkata, bayaran itu akan dibuat pada bulan April ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button