BERITA SEMASA

Bekas Rektor UIA, Kamal Hassan meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi.

Difahamkan jenazah Allahyarham akan dibawa ke Surau al-Mawaddah in Bandar Baru Bangi untuk disembahyangkan.

Allahyarham yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ialah tokoh pemikir Islam yang memberikan sumbangan besar kepada dunia akademik, penyelidikan, pendidikan serta pembangunan modal insan.

IKIM dalam kenyataan hari ini berkata, Mohd Kamal lahir pada tahun 1942 di Pasir Mas, Kelantan, dan mendapat ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di Universiti Malaya pada tahun 1965 dan menyambung pengajian peringkat rarjana dan Ijazah Doktor Falsafah dari Columbia University, New York pada tahun 1975.

“Kami memanjatkan doa yang setinggi-tingginya kepada Allah SWT, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang soleh dan solehin,” katanya.

Mohd Kamal dilantik sebagai Pengerusi IKIM pada Februari 2022.

Allahyarham dilantik sebagai Rektor UIAM pada tahun 1999 sehingga 2006.

Beliau turut berperanan sebagai Pengerusi, Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam, sebuah lembaga yang ditubuhkan dengan perkenan Majlis Raja-Raja.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button