
Bekas Timbalan Menteri Pertahanan Rusia dihukum penjara 13 tahun
MOSCOW – Bekas Timbalan Menteri Pertahanan Rusia, Timur Ivanov, dijatuhi hukuman penjara 13 tahun selepas disabitkan atas kesalahan rasuah dan penyelewengan dana awam.
Mahkamah melucutkan semua anugerah kenegaraan miliknya serta merampas aset bernilai 2.5 bilion ruble (RM134 juta), termasuk wang tunai, hartanah dan kereta mewah.
Perbicaraan dijalankan secara tertutup atas faktor keselamatan negara.
Ivanov, ditahan sejak April 2024, pada awalnya didakwa menerima suapan sebelum berdepan pertuduhan tambahan berkaitan penyelewengan dana pada Oktober pada tahun yang sama.
Dalam perbicaraan sama, bekas ketua sebuah syarikat logistik, Anton Filatov dijatuhi hukuman penjara 12 tahun enam bulan.
Media kerajaan Rusia melaporkan jumlah dana yang diselewengkan melebihi 4.1 bilion ruble (RM267 juta), dengan sebahagian besar dipindahkan ke akaun luar negara melalui transaksi perbankan.
Kes berprofil tinggi itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan Z-bloggers, kumpulan wartawan perang prokerajaan yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai pengkhianatan terhadap negara.
“Ketika tentera muda gugur di Ukraine, mereka sibuk menjarah dana pertahanan. Ini satu pengkhianatan,” kata seorang Z-blogger menerusi hantaran di Telegram.
Ivanov bagaimanapun menafikan semua tuduhan yang dikenakan ke atasnya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |