Berita SemasaLuar NegaraSukan

Bekas juara tinju heavyweight dunia meninggal dunia

LOS ANGELES – Bekas juara tinju heavyweight dunia, George Foreman meninggal dunia pada usia 76 tahun, semalam.

Berita pemergian mendiang dimaklumkan keluarganya dalam satu kenyataan, lapor NBC, hari ini.

Punca kematian mendiang, bagaimanapun, tidak didedahkan.

Foreman, yang terkenal dengan pertarungannya menentang Muhammad Ali dalam ‘The Rumble in the Jungle’ serta kejayaannya meraih semula gelaran heavyweight dua dekad kemudian, meninggal dunia dengan tenang dikelilingi oleh ahli keluarganya.

Selain kejayaan dalam tinju, Foreman turut dikenali sebagai seorang paderi, usahawan, dan pencipta “George Foreman Grill.”

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button