
Bekalan BPT sudah berada dalam pasaran – Menteri Pertanian
KOTA BHARU – Bekalan beras putih tempatan (BPT) sudah berada dalam pasaran di seluruh negara.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihaknya sudah mencari jalan penyelesaian buat sementara waktu bagi menyelesaikan bekalan beras, lapor BH Online.
“Untuk bekalan beras tempatan, ia sudah berada dan sedang masuk di dalam pasaran. Itu yang kita usahakan dan ia mengikut jadual yang ditetapkan.
“Masalah makanan dalam dunia ini sampai kiamat pun tidak selesai, namun ini adalah penyelesaian sementara yang kita buat.
“Apa yang boleh katakan bekalan beras di pasaran adalah terkawal dan mengikut jadual,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Berbuka Bersama Warga KPKM, di sini hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Khalid Abdul Samad.
Lapoaran media sebelum ini berkata, bekalan BPT bersubsidi berharga RM26 bagi pek 10 kilogram (kg) dijangka berada di pasaran sepenuhnya dalam minggu ini.
Laporan itu turut menyebut, Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Badrul Hisham Mohd sebagai berkata, proses pengedaran daripada kilang, pemborong hingga kepada peruncit sedang berjalan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |