BERITA SEMASADALAM NEGERI

Baucar buku pelajar IPT boleh dipohon bermula hari ini

KUALA LUMPUR – Permohonan baucar buku bagi pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) boleh dibuat bermula hari ini sehingga 31 Disember ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan permohonan baucar bernilai RM100 itu dibuka bermula pukul 10 pagi ini.

“Berita baik untuk semua pelajar IPT, anda layak untuk menebus baucar buku di laman MySISWAPLACE,” menurut hantaran itu.

Pada Isnin lepas, KPT memaklumkan penyaluran fasa kedua bantuan itu yang memberi manfaat kepada lebih sejuta pelajar.

Kod baucar akan dijana setelah semakan kelayakan dibuat di portal MySISWAPLACE menerusi pautan https://mysiswaplace.my/ bermula 30 Okt.

Portal MySISWAPLACE yang dikendalikan kendalian Yayasan Perkasa Siswa merupakan agensi rasmi di bawah KPT untuk memudahkan urusan para pelajar menggunakannya sepanjang inisiatif berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button