
Bas ekspres rempuh palang had ketinggian, tujuh penumpang cedera
SEREMBAN – Enam penumpang dan pemandu sebuah bas ekspres cedera selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh palang had ketinggi di Jalan Arab Malaysian, Nilai, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, bas yang membawa 19 penumpang dilaporkan dalam perjalanan dari Kajang menuju ke Melaka.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai, Pegawai Bomba Kanan I Azmi Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian berkenaan dan segera bergegas ke lokasi.
“Kemalangan membabitkan tujuh mangsa, iaitu empat lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 30 hingga 50-an. Kesemua mereka mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan di zon hijau.
Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati bahagian hadapan bas mengalami kerosakan teruk akibat pelanggaran dengan palang had ketinggian tersebut.
“Operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya selepas memastikan keadaan selamat”, katanya lagi.
Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
