
Bas bertembung treler, 41 maut di Mexico
TABSCO – Seramai 41 orang maut selepas sebuah bas bertembung dengan sebuah treler di selatan Mexico, awal pagi Sabtu.
Bas yang membawa 48 penumpang itu dalam perjalanan dari Cancun ke Tabasco sebelum kemalangan berlaku berhampiran bandar Escarcega.
Menurut pihak berkuasa negeri Tabasco, seramai 38 penumpang serta dua pemandu bas dan pemandu treler maut di tempat kejadian.
Imej di lokasi menunjukkan bas itu terbakar sepenuhnya selepas perlanggaran dengan hanya rangka logam yang tinggal.
Syarikat pengendali bas, Tours Acosta, dalam satu kenyataan di Facebook, melahirkan rasa dukacita atas kejadian itu.
“Kami amat berdukacita dengan apa yang berlaku,” katanya memetik berita SkyNews.

Tambah syarikat itu, mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyiasat punca sebenar kejadian, termasuk sama ada bas berkenaan dipandu mengikut had laju yang ditetapkan.
Gabenor Tabasco, Javier May Rodriguez menerusi kenyataan di media sosial memaklumkan pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa persekutuan dan negeri Campeche untuk memberikan bantuan sewajarnya.
Sementara itu, Datuk Bandar Comalcalco, Ovidio Peralta berkata, pihaknya sedia membantu apa sahaja keperluan daripada pihak berkuasa.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |