
Banjir Terengganu: Dua PPS terakhir ditutup
KUALA TERENGGANU – Gelombang ketiga banjir di Terengganu berakhir dengan penutupan dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Dungun, hari ini.
Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana Operasi (BPBO), Mejar (PA) Mohd Hafiz Asikin berkata, PPS di dewan Masjid Serdang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Pati, Dungun, ditutup secara rasmi pada pukul 9 pagi tadi.
Seramai 112 mangsa daripada 33 keluarga yang berlindung di dua PPS berkenaan sudah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
“Satu lagi PPS iaitu di Dewan Serbaguna di Taman Perumahan Wakaf Tengah membabitkan enam mangsa daripada satu keluarga yang dibuka Isnin lalu juga akan ditutup jam 2 petang ini.
“Satu keluarga yang berlindung di PPS itu selepas kediaman mereka dipukul ombak dibenarkan pulang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |