
Banjir Tanah Merah : 62 Penduduk dipindahkan
TANAH MERAH – Seramai 62 penduduk daripada 17 keluarga terpaksa dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini selepas kediaman mereka dinaiki air akibat hujan lebat yang melanda sejak semalam.

Sekretariat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan memaklumkan, kesemua mangsa kini ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kulim, SK Gual Jedok dan Balai Raya Padang Kijang.
“Setakat ini, hanya daerah Tanah Merah yang terjejas banjir, manakala tujuh daerah lain dalam keadaan terkawal. Cuaca pada pagi ini mendung, namun daerah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang masih mengalami hujan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang kini berada pada tahap bahaya dengan bacaan 10.39 meter, namun tiada peningkatan setakat pukul 8.45 pagi tadi.
Selain itu, Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah, dan Sungai Semerak, Pasir Puteh pula mencatatkan paras waspada, menunjukkan kemungkinan peningkatan jika hujan berterusan.
Orang ramai terutama penduduk di kawasan berisiko dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |