Berita SemasaDalam Negeri

Banjir Presint 11: Bantuan tunai kepada pemilik kenderaan tenggelam banjir, parkir sementara

PUTRAJAYA – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa memaklumkan kerajaan bersetuju membina tempat letak kenderaan sementara untuk kegunaan penduduk di Presint 11 yang terjejas banjir Sabtu lalu.

Beliau berkata, Perbadanan Putrajaya bersetuju untuk membangunkan sebuah kawasan parkir interim yang boleh menampung kira-kira 200 kenderaan dan akan disiapkan dalam masa dua minggu.

“Saya telah meminta Perbadanan Putrajaya untuk menyelesaikan pembinaan parkir interim ini dalam masa dua minggu,” katanya dalam kenyataan di Facebook semalam.

Dalam kejadian banjir di Presint 11 Sabtu lalu, sebanyak 20 buah kenderaan rosak selepas ditenggelami banjir akibat hujan lebat yang turun kira-kira tiga kali ganda daripada biasa.

Sehubungan itu, Dr. Zaliha turut mengumumkan bantuan wang tunai RM1,000 kepada semua pemilik kenderaan yang terjejas.

Sebahagian daripada 20 buah kereta yang terjejas akibat banjir di Presint 11, Putrajaya pada Sabtu lalu.

Selain itu, Dr. Zaliha juga mengarahkan Perbadanan Putrajaya memperkenalkan sistem amaran kecemasan yang dilengkapi siren bagi memaklumkan penduduk supaya dapat mengalihkan kenderaan mereka dengan segera sekiranya berlaku situasi yang sama di masa hadapan.

Katanya, langkah itu perlu diambil sebagai usaha segera untuk mengurangkan impak banjir kilat serta memastikan keselamatan penduduk di kawasan Presint 11 khususnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button