BERITA SEMASA

Banjir : PM arah cuti jemaah kabinet dibekukan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan pembekuan cuti semua anggota jemaah Kabinet Kerajaan Perpaduan susulan bencana banjir yang kini melanda sembilan negeri.

Anwar berkata, semua menteri diminta segera turun padang untuk memastikan bantuan dan tindakan pantas dapat dilaksanakan bagi membantu mangsa yang terjejas.

“Semua menteri kabinet minta teruskan tugas sekarang. Turun. Ya (cuti dibekukan). Terus, terus (turun padang),” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Pudina, Presint 17, Putrajaya hari ini.

Ketibaan Perdana Menteri pada pukul 1.12 tengah hari itu disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Naim Mokhtar bersama pihak pengurusan surau tersebut.

Sebelum itu, Perdana Menteri berkesempatan menjamu selera di Medan Selera Taman Warisan Pertanian, Presint 16. Beliau turut meluangkan masa menyantuni peniaga dan pengunjung yang hadir di gerai tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button