BERITA SEMASA

Banjir di Dengkil: 301 mangsa ditempatkan di 5 PPS

DENGKIL – Seramai 301 orang mangsa banjir dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir yang berlaku di beberapa kawasan di sini sejak semalam.

Menurut Ahli Parlimen Sepang, Aiman Athirah Sabu, enam PPS itu ialah Dewan Orang Ramai Kampung Ahmad Razali dengan 112 mangsa, Dewan Orang Ramai Taman Gemilang (58), Balairaya Semarang (16), Dewan Orang Ramai Dengkil (70) dan Sekolah Rendah Agama Kampung Ahmad Razali (46).

“Kejadian hujan yang berlaku hari ini adalah sebanyak tiga siri dan menerima total hujan yang agak tinggi khususnya di Dengkil, Jenderam, Pinggiran Putrajaya, Sungai Merab dan pekan Kajang.

“Saya difahamkan, berdasarkan kepada trend menaik Sungai Langat di Dengkil, kawasan hotspot dan berisiko banjir adalah Kampung Sri Tanjung, ⁠Kampung Cemperai, ⁠Kampung Semarang, kawasan Orang Asli kawasan Sungai Melut, ⁠PUSPEN dan Kampung Revolusi Hijau,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya.

Anggota bomba memantau banjir yang berlaku di Dengkil

Dalam pada itu beliau menasihatkan orang ramai berhati-hati dan penduduk yang terjejas adalah dinasihatkan untuk berhubung terus dengan JPKK masing-masing untuk tindakan lanjut.

“Ikuti arahan dan panduan pihak berkuasa.

“Saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua anggota Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang di bawah pimpinan pegawai daerah (DO) dengan bantuan semua agensi teknikal yang sejak petang tadi bertungkus lumus membuat pemantauan dan tindakan-tindakan segera.

“Tuan DO sebentar tadi telahpun mengisytiharkan pembukaan satu Pusat Teduhan Sementara (PTS) di Balai Raya Kampung Semarang, Mukim Dengkil bagi menempatkan tiga buah keluarga yang terjejas.

“Saya turut mengarahkan Pegawai Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepang untuk terus membuat pemantauan rapat sejak petang tadi dan termasuklah di PTS yang baharu diisytiharkan dibuka sebentar tadi,” ujarnya.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button