BERITA SEMASA

Banjir: Angka mangsa dipindahkan meningkat, Kelantan tertinggi

PUTRAJAYA – Angka mangsa banjir di sembilan negeri terus menunjukkan peningkatan dengan 16,674 orang daripada 5,705 keluarga ditempatkan di 109 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 11 malam tadi.

Sembilan negeri yang terjejas adalah Selangor, Kelantan, Perlis, Perak,Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dan Kuala Lumpur.

Menurut laman web Info Bencana JKM, angka mangsa tertinggi direkodkan di Kelantan dengan 40 PPS dibuka melibatkan 9,972 mangsa daripada 3,635 keluarga terjejas di daerah Tumpat, Bachok, Kota Baharu dan Pasir Puteh.

“Diikuti Perak dengan 2,281 orang mangsa daripada 705 keluarga ditempatkan di 24 PPS.

“Di Selangor, seramai 2,142 orang mangsa daripada 605 keluarga daripada daerah Kuala Selangor, Shah Alam, Klang, Hulu Langat dan Sabak Bernam ditempatkan di 17 PPS,” menurut info berkenaan malam ini.

Di Perlis, 1,005 mangsa daripada 336 keluarga terjejas di tiga daerah manakala Kedah dengan 765 mangsa daripada 278 keluarga.

“Pulau Pinang dengan 377 mangsa daripada 99 keluarga. Selain itu, Terengganu 98 mangsa daripada 38 keluarga.

Sarawak pula menyaksikan seramai 32 orang mangsa melibatkan tujuh keluarga terjejas manakala Kuala Lumpur sebuah PPS dibuka bagi menempatkan 2 mangsa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button