Balik Kampung: Kerajaan negeri Johor sediakan 23 buah bas percuma bawa pulang pelajar dari 11 IPT
JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri telah menyediakan 23 buah bas bagi membawa pulang 1,000 mahasiswa dari negeri itu yang menuntut di 11 institusi pendidikan tinggi (IPT) seluruh negara secara percuma sempena perayaan Aidilfitri.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, inisiatif yang dikenali sebagai Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor Sempena Cuti Perayaan Aidilfitri 2024 yang bermula pada 29 Mac lalu hingga kelmarin itu, menelan belanja sebanyak RM100,000.
“Inisiatif ini bagi memastikan mahasiswa Johor yang merantau jauh di IPT seluruh Malaysia pulang ke selatan tanah air dengan selesa dan selamat serta dapat mengurangkan bebanan kos pengangkutan untuk beraya bersama keluarga,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Aznan berkata, antara IPT terbabit adalah Universiti Malaysia Perlis, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Malaysia Terengganu.
BTambahnya, inisiatif itu turut mendapat kerjasama Yayasan Pelajaran Johor, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Gabungan Anak Johor dan Persatuan-Persatuan Mahasiswa Anak Johor.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






