BERITA SEMASA

BAKAT ATM bungkus 200 beg hari raya untuk perajurit bertugas

KUALA LUMPUR – Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meneruskan tradisi tahunan dengan menganjurkan Aktiviti Pembungkusan Barangan Hari Raya Aidilfitri bagi anggotanya yang bertugas semasa sambutan perayaan.

Majlis yang berlangsung di Dewan Mulia, Rumah BAKAT ATM, Kem Kementah di sini itu disempurnakan oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Datin Risia Sheikh Ali Omar Bajaria bersama Pengerusi Jemaah BAKAT Perkhidmatan (Darat, Laut, Udara) serta Ketua Biro BAKAT Markas ATM.

Ahli BAKAT ATM bersama-sama menyediakan pek hari raya hari ini.

Menurut beliau, program itu telah berjalan selama 31 tahun sebagai tanda penghargaan kepada perajurit ATM yang berkorban untuk keselamatan negara.

“Setiap tahun, BAKAT ATM bersama anggota keluarga ATM mengambil inisiatif menyediakan beg hari raya sebagai tanda sokongan moral kepada perwira yang bertugas ketika umat Islam lain menyambut Aidilfitri bersama keluarga,” katanya hari ini.

Turut hadir, Timbalan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKS PA), BPA MK ATM, Brigedier Jeneral Hamdan Ahmad

Sebanyak 200 beg hari raya disediakan dalam program kali ini, mengandungi makanan kering serta barangan keperluan yang disumbangkan oleh pelbagai pihak, termasuk syarikat korporat dan individu.

Dalam pada itu, Timbalan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKS PA), BPA MK ATM, Brigedier Jeneral TUDM, Hamdan Ahmad menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program itu.

Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Datin Risia Sheikh Ali Omar Bajaria bersama Pengerusi Jemaah BAKAT Perkhidmatan (Darat, Laut, Udara) serta Ketua Biro BAKAT Markas ATM.

“Sumbangan itu juga merupakan tanda sokongan kepada anggota bertugas di perbatasan ketika hari raya.

“Ini bukan sekadar sumbangan material, tetapi tanda sokongan moral kepada anggota yang bertugas di perbatasan dan misi luar negara,” katanya lagi.

Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Datin Risia Sheikh Ali Omar Bajaria bersama Pengerusi Jemaah BAKAT Perkhidmatan (Darat, Laut, Udara) serta Ketua Biro BAKAT Markas ATM.

Program itu selari dengan tema “Angkatan Masa Hadapan: Benteng Pertahanan Negara”, yang menekankan semangat kebersamaan dan penghargaan terhadap pengorbanan anggota ATM.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button