Azeem Fahmi bukti keunggulan di bumi Amerika Syarikat
KUALA LUMPUR – Pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Fahmi terus membuktikan kemajuan prestasinya apabila berjaya menjuarai acara 100 meter pada Kejohanan Olahraga Tiger Track Classic di Auburn, Amerika Syarikat, semalam.
Azeem yang mewakili Universiti Auburn melepasi garisan penamat dengan catatan 10.28 saat (s), sekali gus mengecewakan pesaing utamanya, Brody Buffington dari Georgia yang menamatkan larian di tempat kedua dengan catatan 10.29s.
Sementara itu, tempat ketiga pula dimenangi rakan sepasukan Brody, Micah Larry yang mencatat masa 10.32s.
Kemenangan itu juga membolehkan pelari berusia 21 tahun itu memperbaharui masa terbaik untuk musim ini, 10.33s yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Pepsi Florida Relays di Florida, Amerika Syarikat pada 19 April lalu.
Dalam pada itu, Azeem, mengatakan dirinya semakin percaya mampu menampilkan prestasi yang lebih baik, terutama untuk mendapatkan catatan masa di bawah 10 saat.
“Ia akan datang,” tulis Azeem yang juga pemegang rekod kebangsaan di Instagram miliknya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






