AUTOMOTIF & TEKNOLOGI

Malaysia-China perkukuh teknologi digital, meterai enam MoU

PUTRAJAYA – Malaysia dan China memperkukuh kerjasama dalam bidang teknologi digital menerusi pemeteraian enam Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan syarikat teknologi dan institusi pendidikan tinggi dari kedua-dua negara.

Majlis bersejarah itu disaksikan oleh Menteri Digital, Gobind Singh Deo dan Gabenor Wilayah Autonomi Guangxi, Lan Tianli.

gobind
Menteri Digital, Gobind Singh Deo dan Gabenor Wilayah Autonomi Guangxi, Lan Tianli.

Menerusi kenyataan Kementerian Digital, kerjasama itu melibatkan beberapa bidang utama termasuk kecerdasan buatan (AI), cloud computing dan pembangunan infrastruktur digital generasi baharu.

“Antara inisiatif utama termasuk pembangunan platform e-dagang pintar, logistik berasaskan AI dan peningkatan perkhidmatan kerajaan digital,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, dua makmal penyelidikan bersama turut akan ditubuhkan, melibatkan penglibatan universiti dari Malaysia dan China dalam usaha memperkukuh penyelidikan serta inovasi teknologi.

Sementara itu, Gobind menyifatkan kerjasama tersebut sebagai langkah tepat bagi mendokong agenda Kerajaan MADANI untuk mempercepat penerapan AI di Malaysia.

“Usaha ini bukan sahaja membuka peluang pertumbuhan ekonomi digital, malah menjadikan Malaysia sebagai antara hab teknologi utama di rantau ini,” katanya lagi.

Lan Tianli dalam pada itu berkata, Guangxi komited memperluas hubungan kerjasama dengan Malaysia khususnya dalam bidang ekonomi digital yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Pemeteraian MoU itu juga dilihat sebagai salah satu inisiatif penting sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China tahun ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button