BERITA SEMASA

ATM sahkan siasat kes pelajar IPT meninggal dunia ketika jalani latihan tentera

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan sedang menyiasat berkenaan dakwaan seorang bapa terhadap kematian anaknya sewaktu melaksanakan sesi latihan seliaan jurulatih tentera di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Menurut Markas ATM dalam satu kenyataan, kes tersebut kini sedang dalam siasatan oleh Cawangan Provos Marsyal, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“ATM menegaskan bahawa siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak
akan melindungi atau berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat di dalam kes tersebut.

“Tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pihak yang terlibat jika terbukti bersalah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, segala perkembangan hasil siasatan akan dimaklumkan kepada umum dari semasa
ke semasa.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button