BERITA SEMASA

Atlet Muay Thai Rodtang peragakan baju Melayu Elrah Exclusive

KUALA LUMPUR – Bekas juara Muay Thai One Championship, Rodtang Jitmuangnon, kini bergandingan dengan jenama terkenal Elrah Exclusive, apabila dilantik sebagai duta rasmi untuk koleksi baju Melayu mereka.

Roadtang yang digelar ‘The Iron Man’ dalam satu kenyataan berkongsi rasa bangga dan mengucapakan terima kasih kepada pengasas jenama itu iaitu Muhd Hilmi Che Azman atau lebih dikenali sebagai El Azman atas kerjasama itu.

“Saya berasa bangga untuk mengumumkan bahawa tahun ini saya bersama Elrah Exclusive. Terima kasih di atas peluang ini. Saya gembira menjadi sebahagian daripada keluarga besar ini.

“Kami akan melangkah ke peringkat antarabangsa tahun ini! Elrah terrrrpaling Mendonia 2025!,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau semalam.

Dengan pelbagai pilihan baju Melayu yang moden dan berkualiti, Elrah telah berjaya mencipta nama dalam kalangan pelanggan di pasaran Thailand, menerusi pembukaan cawangan di negara jiran itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button