Berita SemasaPM X

ASEAN mesti kekal bersatu, perpecahan bawa kerugian – PM Anwar

VIENTIANE – ASEAN mesti kekal bersatu kerana perpecahan ini berisiko dieksploitasi yang akhirnya akan merugikan keutamaan dan kesatuan negara di rantau ini.

Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan kenyataan negara pada sesi plenari di Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kebangsaan (NCC), di sini hari ini.

“Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita, negara anggota ASEAN untuk menolak perkara yang cenderung menyebabkan perpecahan.

“Justeru, ASEAN mesti tegas dan berpendirian dalam menghantar mesej yang jelas kepada dunia yang ASEAN mesti kekal bersatu,” katanya.

Dalam ucapannya, Anwar turut mencadangkan beberapa langkah bagi memacu pembabitan strategik ASEAN dalam pertumbuhan perdagangan, hubungan pelaburan dan transformasi digital.

Katanya, langkah yang perlu dilakukan negara anggota termasuk mengukuhkan asas ASEAN, memperkukuh rantaian nilai serantau dan kerjasama regulatori.

Selain itu, mencipta dan menyusun semula serta menyelaraskan ekonomi blok serantau berkenaan dan memanfaatkan kekuatan masing-masing, selain menetapkan semula dan memastikan rantaian bekalan serantau serta hubungannya dengan ekonomi global.

“Saya percaya, jika kita meneruskan langkah ini dengan tekad dan komitmen, ASEAN dapat mencapai ketahanan ekonomi dan berada di landasan untuk menjadi ekonomi keempat terbesar menjelang 2030,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button