Berita SemasaLuar Negara

AS luluskan penjualan 20 jet pejuang F-16 kepada Filipina

FILIPINA – Amerika Syarikat meluluskan penjualan 20 jet pejuang F-16 bernilai $5.58 bilion (RM25.11 bilion) kepada Filipina sebagai langkah memperkukuh pertahanan udara negara itu di tengah-tengah ketegangan yang memuncak dengan China.

Menyifatkan Filipina sebagai kuasa penting untuk kestabilan politik di Asia Tenggara, Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan kelmarin mengumumkan penjualan berserta peralatan berkaitan yang akan dihantar ke Manila dalam masa terdekat.

“Pemerolehan F-16 ini akan meningkatkan keupayaan Tentera Udara Filipina untuk menjalankan pemantauan maritim dan misi sokongan udara jarak dekat selain memperkukuhkan pertahanan udara Filipina.

“Penjualan peralatan dan kelengkapan sokongan yang dicadangkan ini tidak akan mengubah keseimbangan ketenteraan asas di rantau ini,” kata Jabatan Negara itu.

Kelulusan penjualan itu dibuat dalam suasana hubungan Manila-Beijing yang semakin tegang, terutamanya susulan beberapa konfrontasi antara Tentera Laut Filipina dan pasukan pegawal Pantai China di kawasan perairan yang menjadi pertikaian.

China telah menuntut pemilikan hampir keseluruhan perairan Laut Cina Selatan walaupun terdapat keputusan undang-undang antarabangsa yang menyatakan bahawa tuntutan tersebut tidak berasas.

Filipina sebelum ini secara terbuka menyatakan minat untuk memperoleh F-16 dari Washington sejak pentadbiran bekas Presiden Filipina Benigno Aquino, berakhir pada 2016.

Sejak itu, Manila dan Washington telah memperdalam kerjasama pertahanan mereka terutamanya di bawah Presiden semasa Ferdinand Marcos Jr, yang memegang jawatan pada 2022 dan mula menentang tuntutan meluas Beijing di Laut China Selatan.

Desas-desus penjualan pesawat pejuang canggih kepada Filipina itu muncul ketika China, pada Isnin dan Selasa lalu mengadakan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan untuk mensimulasikan sekatan ke atas pulau yang diperintah sendiri itu.

Beijing dalam makluman sebelum ini telah berikrar mengambil alih pulau itu sama ada melalui kekerasan atau secara damai.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button