
AS lulus jualan senjata bernilai RM2.397 bilion kepada Israel
WASHINGTON — Amerika Syarikat meluluskan penjualan peralatan ketenteraan bernilai RM2.397 bilion (AS$510) juta kepada Israel.
Menurut kenyataan Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan (DSCA), penjualan itu termasuk lebih 7,000 unit Joint Direct Attack Munition (JDAM) iaitu sistem menukar bom biasa kepada senjata berpandu tepat.
“Penjualan ini merangkumi kit panduan bom berketepatan tinggi.
“Kontraktor utama untuk urus niaga merupakan sebuah syarikat Boeing berpangkalan di Missouri,” katanya dalam satu kenyataan.
DSCA memaklumkan langkah tersebut selaras dengan dasar berterusan Washington untuk menyokong keselamatan Israel, yang dianggap sebagai sekutu strategik utama di Asia Barat.
“Penjualan ini akan meningkatkan keupayaan Israel dalam mempertahankan sempadan serta infrastruktur pentingnya daripada ancaman semasa dan masa depan,” jelasnya.
Bagaimanapun, kelulusan tersebut dijangka mencetuskan kritikan daripada komuniti antarabangsa dan kumpulan hak asasi manusia yang bimbang senjata itu akan digunakan dalam operasi ketenteraan yang menjejaskan orang awam.
Meskipun masih memerlukan kelulusan Kongres, penganalisis menjangka tiada halangan besar memandangkan sokongan bipartisan terhadap Israel kekal kukuh di Capitol Hill.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |