AS gesa Israel lindungi orang awam di Rafah
WILMINGTON – Israel tidak seharusnya melancarkan operasi ketenteraan di Rafah tanpa rancangan yang boleh memastikan keselamatan kira-kira 1 juta orang yang berlindung di sana, kata Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad.
Memetik laporan Reuters, Biden dan Netanyahu bercakap menerusi panggilan telefon selama kira-kira 45 minit, beberapa hari selepas pemimpin AS berkata tindak balas tentera Israel di Semenanjung Gaza sebagai “berlebihan”.
Biden turut memberi amaran keras bahawa operasi ketenteraan di Rafah, yang terletak di bahagian selatan Gaza di sempadan Mesir, boleh membawa kepada lebih banyak kematian, dan menggagalkan pembebasan tebusan.
Televisyen Aqsa yang dikendalikan Hamas pada hari Ahad memetik seorang pemimpin kanan Hamas berkata, bahawa mana-mana serangan darat Israel di Rafah akan “menutup” rundingan pertukaran tebusan.
Maklum Pejabat Netanyahu, pihaknya telah mengarahkan tentera untuk membangunkan rancangan untuk mengosongkan Rafah dan memusnahkan empat batalion Hamas yang dikatakan ditempatkan di sana.
Amerika Syarikat menyokong keperluan untuk mengalahkan Hamas, namun telah berulang kali memberi amaran kepada Israel bahawa ia perlu memastikan orang awam yang tidak bersalah dilindungi.
Biden juga mengesahkan sokongan Amerika Syarikat untuk keselamatan jangka panjang Israel, tetapi menggesa “langkah segera dan khusus” untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan kepada orang awam Palestin di Gaza.
Ia termasuk penghantaran besar tepung dari AS yang akan memberi makan kepada 1.4 juta penduduk Gaza untuk enam bulan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






