Berita Semasa

Armada Tentera Laut Rusia berlabuh di Pulau Pinang

GEORGETOWN – Satu armada kapal perang Rusia kini berlabuh di Dermaga Swettenham Cruise di sini dalam rangka lawatan operasi selain daripada operasi ulang bekal dan istirehat kru.

Armada yang terdiri daripada kapal korvet Gromkiy, Rezkiy, Aldar Tsydenzhapov serta kapal tangki Pachenga itu turut berada di Malaysia sempena Upacara Peringatan ke-110 Kematian Kelasi Rusia berlabuh sejak semalam hingga Khamis.

Ketibaan kesemua kapal beserta anak kapal berkenaan disambut dengan penuh istiadat oleh delegasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang diketuai oleh Ketua Staf Markas Wilayah Laut 3, Kapten Yusman Darmawan, semalam.

Sementara itu, menurut Kedutaan Rusia, beberapa acara akan diadakan bersempena kunjungan armada berkenaan termasuk upacara memperingati ulang tahun ke-110 tenggelamnya Kapal Tentera Laut Rusia, Zhemchug (Pearl) ketika ‘Battle of Penang’ pada Perang Dunia Pertama.

Upacara meletak kalungan bunga juga akan diadakan di Pulau Jerejak, lokasi 11 anggota kru Zhemchug disemadikan selain majlis resepsi atas satu daripada armada itu di Pelabuhan George Town, hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button