Berita Semasa

Anwar ucap takziah kepada keluarga Ahmad Rejal Arbee

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Tokoh Wartawan Negara 2014, Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed Isa Arbee yang meninggal dunia awal pagi tadi.

Menurut Perdana Menteri, Allahyarham adalah sosok penting dalam dunia kewartawanan dan dikenali sebagai antara yang terawal meneroka konsep media dwibahasa di negara ini.

“Jasa dan buah fikiran allahyarham meninggalkan kesan dalam dunia akhbar dan kewartawanan akan dikenang buat selamanya.

“Takziah kepada keluarga Allahyarham dan di doakan ruhnya diampunkan segala dosa dan diberi tempat istimewa di sisiNya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Allahyarham merupakan mantan Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA) dan mantan Pengarang Kumpulan Berita Harian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button