
Anwar ucap tahniah kepada Lawrence Wong atas kemenangan Pilihan Raya Singapura
PUTRAJAYA – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Singapura yang baharu, Lawrence Wong atas kejayaan Parti Tindakan Rakyat (PAP) memenangi pilihan raya umum negara itu.
“Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri Lawrence Wong atas kejayaan memimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) meraih kemenangan dalam pilihan raya umum Singapura.
“Saya doakan anda dan pasukan terus berjaya menggalas tanggungjawab kepimpinan dalam penggal baharu ini,” kata Anwar dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut menekankan kemakmuran dan keselamatan Malaysia dan Singapura tidak dapat dipisahkan kerana kedua-duanya bukan sahaja berjiran dari segi geografi, tetapi juga mempunyai pertalian kekeluargaan yang erat.
“Dua negara kita kini sedang membina kerjasama mendalam di pelbagai peringkat – satu asas penting dalam menghadapi cabaran besar terhadap kestabilan global dan perdagangan antarabangsa,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar menyatakan keyakinan terhadap potensi Zon Ekonomi Khas Johor – Singapura sebagai lambang kejayaan kerjasama dua negara jiran yang bergerak dengan matlamat dan iltizam bersama.
“Kita berharap hubungan istimewa ini akan terus diperkukuh pada masa akan datang,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |