
Anwar terima kunjungan gergasi teknologi global, AMD
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada syarikat gergasi teknologi global, Advanced Micro Devices Inc. (AMD) diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lisa Su.
Pertemuan yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri itu membincangkan hala tuju kerjasama strategik antara Malaysia dan Advanced Micro Devices Inc. (AMD), khususnya dalam menyokong pelaksanaan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) yang digariskan oleh kerajaan.
Menurut Anwar, AMD bertapak di Malaysia sejak 1972, memainkan peranan penting dalam pembangunan sektor semikonduktor negara dan sentiasa adaptif dalam sektor pengkomputeran berprestasi tinggi.
“Dalam pertemuan ini, kami turut berbincang mengenai peranan AMD dalam memperkukuh rantaian bekalan dari pelbagai negara sejajar dengan kepentingan Malaysia sebagai hab teknologi serantau.
“Kerjasama strategik bersama syarikat global seperti AMD melonjakkan lagi ekosistem teknologi tempatan ke arah lebih mampan dan berdaya saing untuk jangka masa panjang,”katanya dalam kenyataan di media sosial.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia kekal komited untuk menjadi destinasi pelaburan utama bagi syarikat teknologi antarabangsa menerusi dasar yang inklusif serta berpaksikan kepentingan negara.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |