AUTOMOTIF & TEKNOLOGIBERITA SEMASA

Anwar terima kunjungan Gabenor Guangxi, bincang pelaburan, AI

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Gabenor Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, Lan Tianli dan delegasinya, dalam pertemuan bagi memperkukuh hubungan diplomatik Malaysia dengan China.

Anwar bwrkata, lawatan itu mencerminkan hubungan yang terjalin lama antara kedua-dua negara, dengan Guangxi memainkan peranan penting sebagai rakan wilayah strategik China kepada Malaysia.

“China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia untuk tahun ke-16 berturut-turut pada 2024, dengan jumlah dagangan mencecah USD106.04 bilion (RM484.12 bilion).

“Guangxi sebagai pintu masuk ke ASEAN memainkan peranan besar dalam memudahkan perdagangan dan pelaburan dua hala,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar berkata, beliau turut memaklumkan bahawa Malaysia menantikan Lawatan Negara Presiden China, Xi Jinping yang dijadual berlangsung pada 15 hingga 17 April ini dan kunjungan Gabenor Guangxi itu menjadi medan bertukar pandangan awal.

“Antara perkara yang dibincangkan termasuk potensi perdagangan dua hala dalam konteks ASEAN serta pengukuhan kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan digital,” katanya lagi.

Dalam pertemuan itu, Anwar turut menyuarakan hasrat Malaysia untuk menjadi hab kepimpinan AI serantau serta menjemput syarikat AI terkemuka dari China untuk menubuhkan ibu pejabat serantau di negara ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button