BERITA SEMASA

Anwar tekankan keperluan kerjasama agensi antirasuah Malaysia, Vietnam

HANOI – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, terdapat keperluan untuk agensi antirasuah Malaysia dan Vietnam bekerjasama dan mengadakan perkongsian bersama.

Perdana Menteri yang kini dalam rangka lawatan dua hari ke Vietnam berkata, beliau juga dimaklumkan bahawa Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam (CPV), Ngunyen Phu Trong yang sering berbicara soal antirasuah dan tata kelola yang baik di negara itu.

Anwar berkata, dalam pertemuan itu beliau dan pemimpin CPV berkenaan berpeluang untuk berbincang berkenaan hubungan dua hala Malaysia dan Vietnam yang terjalin sejak 50 tahun dahulu.

“Saya menzahirkan perasaan gembira di atas status kerjasama dua hala sedia ada, serta usaha untuk mengukuhkan hubungan dua hala.

“Saya turut dimaklumkan Phu Trong sering berbicara soal antirasuah dan tata kelola yang baik di Vietnam dan kami berdua dapat bertukar pandangan terkait perkara ini serta keperluan untuk agensi antirasuah kedua-dua negara bekerjasama dan mengadakan perkongsian bersama,” katanya melalui perkongsian di Twitter.

Terdahulu, Anwar diberikan sambutan rasmi oleh rakan sejawatnya, Pham Minh Chinh di Istana Presiden sebelum kedua-dua pemimpin itu mengadakan mesyuarat bilateral di Government Office.

Kedua-dua pemimpin itu kemudian menyaksikan pengesahan minit hasil Mesyuarat Ketujuh Suruhanjaya Bersama (JCM) Malaysia dan Vietnam.

“JCM ini antara mekanisme dua hala yang utama bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkepentingan bersama di peringkat Menteri Luar Negeri.

“Suruhanjaya ini telah diwujudkan pada 1992 susulan pemeteraian Perjanjian Ekonomi, Saintifik dan Teknikal antara Malaysia dan Vietnam.

“Memorandum Persefahaman dan Kerjasama ini dijangka akan mengukuhkan lagi jalinan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Vietnam serta memberi faedah kepada pembangunan sosio-ekonomi kedua-dua negara yang menguntungkan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar banyak perkara positif terpancar menerusi pertemuan kedua-dua pemimpin itu.

Perdana Menteri turut menegaskan keseriusan kepada rakan sejawatnya itu untuk mengukuhkan kerjasama Malaysia dan Vietnam, terutamanya dalam bidang pelaburan dan perdagangan, pertanian, pertahanan dan keselamatan serta industri halal.

“Selain itu, saya dan PM Chinh turut menyentuh isu-isu serantau dan ASEAN yang menjadi kepentingan bersama,” katanya.

Esok, Anwar dijadual menghadiri forum Perniagaan Malaysia-Vietnam sebelum ke Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri bersama diaspora Malaysia di Hanoi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button