BERITA SEMASAPMX

PM Anwar pandu uji Proton e.MAS 7, kenderaan rasmi ASEAN 2025

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berpeluang memandu uji kenderaan rasmi sempena kepengerusian ASEAN 2025, Proton e.MAS 7, di sekitar kawasan pejabatnya.

Menurut Anwar, pemilihan Proton e.MAS 7 sebagai kenderaan rasmi merupakan satu pencapaian yang membanggakan, sekali gus membuktikan keupayaan anak tempatan dalam menerajui masa depan industri automotif negara.

“Pemilihan ini bukan sahaja mencerminkan kemajuan teknologi tempatan, malah membuktikan keyakinan terhadap keupayaan anak tempatan dalam menerajui masa depan industri automotif,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Baca juga : Proton perkenal EV kedua, e.MAS 5 di Malaysia Autoshow 2025

Beliau berkata, Proton e.MAS 7 diyakini mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan industri kenderaan elektrik negara, terutamanya menjelang penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Inisiatif ini juga selari dengan komitmen Malaysia ke arah pelepasan karbon sifar bersih serta agenda kelestarian dan peralihan tenaga hijau di bawah kerangka Malaysia MADANI,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengajak rakyat untuk terus menyokong inovasi tempatan demi memastikan negara kekal berdaya saing dan menuju ke arah masa depan yang lebih lestari serta berteknologi tinggi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button