Anwar enggan ulas pencalonan Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden PKR
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas berhubung pencalonan anaknya, Nurul Izzah Anwar untuk jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Anwar ketika ditemui selepas menjamu selera di sebuah restoran di Presint 9, di sini hari ini, memilih untuk tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.
“Saya tak daftar lagi, (pencalonan untuk jawatan) Presiden masih kosong…. saya isi (borang) kemudian,” kata Ahli Parlimen Tambun itu.
Setakat ini, belum ada sebarang pencalonan rasmi diterima bagi kedua-dua jawatan tertinggi parti iaitu Presiden dan Timbalan Presiden.
Sebelum ini, beberapa laporan media menyebut bahawa akar umbi parti mahu melihat Nurul Izzah mengisi jawatan Timbalan Presiden PKR sebagai usaha memperkukuh kepimpinan generasi baharu dalam parti.
Setakat pukul 11 malam tadi, sembilan pemimpin sudah mengesahkan pencalonan bagi perubatan jawatan Naib Presiden PKR yang dijadualkan bakal berlangsung hujung bulan ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








