BERITA SEMASAPMX

Anwar enggan layan desakan letak jawatan

KUALA LUMPUR – “Oooh,” demikian respon ringkas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas diminta mengulas mengenai desakan oleh Pas supaya beliau metelak jawatan susulan isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anwar yang juga Menteri Kewangan sebelum itu meluncurkan Forum Ekonomi Malaysia yang di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.

Desakan itu timbul selepas pendedahan pengesahan kewujudan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam surat yang diterima daripada Istana Pahang, minggu lalu.

Isnin lalu, Pas menggesa Anwar meletakkan jawatan kerana didakwa menyembunyikan kebenaran mengenai Titah Adendum yang membolehkan Najib Razak menjalani baki hukuman penjaranya dalam tahanan rumah.

Ketua Penerangan Pas, Fadhli Shaari dilaporkan berkata, Anwar perlu bertanggungjawab, manakala Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, mendakwa penyembunyian titah tambahan itu ibarat pengkhianatan.

Mahkamah Rayuan sebelum ini memerintahkan agar kes pengesahan kewujudan Titah Adendum bagi tahanan rumah membabitkan Najib dikembalikan ke Mahkamah Tinggi.

Keputusan majoriti 2 -1 dibuat Hakim Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril memerintahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendengar merit semakan kehakiman yang dikemukakan bekas perdana menteri itu, manakala Hakim Datuk Azizah Nawawi yang mengetuai panel menentangnya.

Najib yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, sebelum ini memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022.

Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button