BERITA SEMASAPMX

Anwar adakan pertemuan dengan pemimpin EU, perkukuh hubungan Malaysia-EU

BRUSSELS – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Kesatuan Eropah (EU) di Bangunan Europa di sini, semalam.

Perdana Menteri yang dalam lawatan kerja selama dua hari ke Belgium, berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Majlis Eropah, António Costa.

Beliau berkata, pertemuan itu membuka seluas-luasnya peranan yang boleh dimainkan secara bersama antara Malaysia dan Majlis Eropah dalam menjalin kerjasama.

“Pertemuan itu membuka seluas-luasnya peranan yang boleh dimainkan secara bersama antara Malaysia dan Majlis Eropah dalam mencorak sinergi kepelbagaian budaya, kesatuan dan kebersamaan merentasi benua seluruh dunia.

“Khususnya membentuk persefahaman terkait soal keamanan dan hak asasi manusia membabitkan soal gencatan senjata di Gaza dan Ukraine,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau semalam.

Pada masa yang sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau turut bertemu dengan Wakil Tinggi untuk Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan / Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Kaja Kallas.

“Kami lantas bertukar pandangan mengenai soal demokrasi, perihal kemasyarakatan, pelaburan, perdagangan dan kecerdasan buatan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button