
Ankalaev teruskan legasi kejayaan petarung Dagestan, juarai gelaran light heavyweigt UFC
LAS VEGAS – Magomed Ankalaev mencatat sejarah sebagai petarung ketiga dari Dagestan, Rusia yang dinobatkan sebagai juara dunia UFC selepas menumbangkan penyandang juara light heavyweight, Alex Pereira, semalam.
Acara utama UFC 313 yang berlangsung di T-Mobile Arena, Las Vegas, Amerika Syarikat itu menyaksikan Ankalaev dan Pereira bertarung sehingga pusingan kelima.
Pereira, yang terkenal dengan kekuatan tumbukannya, memulakan pertarungan dengan agresif, menggunakan tendangan yang menyasarkan betis Ankalev.
Namun, Ankalaev berjaya menangkis semua 12 cubaan ‘takedown’ dan mendominasi dalam pertukaran tumbukan, namun juri sebulat suara memberikan skor 49-46 ,48-47 dan 48-47 memihak kepada Ankalaev.
Kemenangan ini menambah kepada rekod cemerlang Ankalaev, yang kini memiliki 10 kemenangan berturut-turut dalam divisi light heavyweight, dengan hanya kalah sekali sejak Mac 2018.
Untuk rekod, selain Ankalaev, dua lagi petarung Dagestan yang menjadi juara di UFC ialah Khabib Nurmagomedov dan Islam Makhachev.
Pereira, yang berharap untuk menentang Jon Jones, kini perlu merancang langkah seterusnya selepas kehilangan tali pinggangnya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |