
Anita Azrina muncul Pengerusi PSM wanita pertama
KUALA LUMPUR – Bekas Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Datin Anita Azrina Abdul Aziz muncul wanita pertama dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) baharu berkuat kuasa semalam.
PSM dalam satu kenyataan, berbesar hati mengalu-alukan dan mengumumkan pelantikan baharu barisan anggota baharu PSM, yang secara rasminya akan bermula hari ini untuk tempoh dua tahun akan datang (2025-2027).
“PSM akan terus komited dalam memantapkan tatakelola pengurusan dan penyeliaan kemudahan serta fasiliti di bawah Perbadanan Stadium Malaysia untuk rakyat Malaysia.
“Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada barisan Anggota Perbadanan sesi 2023/2025 atas khidmat bakti yang telah diberikan, terutamanya kepada Datuk Gerald Hans Isaac sebagai Pengerusi PSM 2023/2025,” katanya.
Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memaklumkan, Anita Azrina akan menjawat jawatan itu bagi penggal 2025-2027.
Beliau berkata, selain Anita Azrina, pihaknya turut melantik Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John sebagai Timbalan Pengerusi PSM yang baharu.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |