
Anita Azrina diumum Pengerusi PSM yang baharu
KUALA LUMPUR – Bekas Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS, Datin Anita Azrina Abdul Aziz diumumkan sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) yang baharu bagi menggantikan Datuk Hans Isaac.
Pelantikan Anita Azrina diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh selepas Majlis Berbuka Puasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Persatuan Penulis-Penulis Sukan (SAM), malam tadi.
Dalam majlis yang sama, Hannah turut mengumumkan pelantikan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John sebagai Timbalan Pengerusi PSM.
Pelantikan Anita Azrina dan Windsor berkuat kuasa serta-merta dan akan memegang jawatan itu bagi penggal 2025-2027.
Hannah berkata, beliau yakin pengalaman luas Anita Azrina dan Windsor dalam bidang pentadbiran dan pengurusan mampu memberi nilai tambah kepada PSM bagi meningkatkan mutu pengurusan stadium serta kemudahan sukan di KL Sport City.
“Pertama sekali saya mahu ucapkan terima kasih kepada mantan pengerusi Datuk Hans Isaac kerana sudah banyak membantu KBS untuk mentadbir KL Sport City dan aset-aset di PSM dengan baik.
“Saya percaya gabungan pengalaman dimiliki Datin Anita Azrina yang juga bekas ahli korporat PETRONAS dan memiliki pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan juga penajaan serta Windsor yang mahir mengenai bola sepak dapat memberi nilai tambah kepada PSM,” katanya lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |