
Nahas Jeju Air : Angka kematian cecah 85, hanya dua dipercayai selamat
KOREA SELATAN – Jumlah mangsa korban dalam nahas pesawat Jeju Air pagi tadi mencecah 85 orang dengan hanya dua mangsa terselamat dalam nahas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan.
Agensi Bomba Korea Selatan berkata, usaha mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan di lokasi tragedi pesawat 7C2216 yang membawa 175 penumpang dan enam anak kapal itu.
Siasatan awal mendapati kegagalan gear pendaratan menjadi punca utama dan terdapat juga bukti yang mendakwa bahagian enjin pesawat sebelum itu berlanggar dengan burung.
Korea Herald melaporkan, juruterbang pesawat Jeju Air cuba melakukan pendaratan cemas tanpa gear pendaratan selepas gagal dalam percubaan pertama.
Malangnya, pesawat tidak dapat memperlahankan kelajuannya dan melanggar pagar perimeter lapangan terbang, menyebabkan letupan dan kebakaran besar.
@malaysiatribune Rakaman dipercayai ‘perlanggaran burung’ pada bahagian enjin pesawat Jeju Air sebelum terbabas dan meletup ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan #jejuairlines #jejuair #crash #tragedy #koreaplanecrash #thailand #birdstrike #enginefailure
Seorang penumpang dikatakan sempat menghantar pesanan teks kepada keluarga sebelum kejadian, mendakwa seekor burung tersangkut di sayap pesawat, menghalang pendaratan.
Sementara itu dalam kenyataan ringkas, Jeju Air menegaskan pihaknya akan memberikan usaha penuh dalam siasatan nahas penerbangan dari Thailand itu.
“Kami sedang berusaha mengenal pasti punca sebenar dan butiran kejadian,” kata jurucakap syarikat penerbangan itu, sambil menambah bahawa pesawat berusia 15 tahun itu tidak pernah terlibat dalam sebarang insiden sebelum ini.
Untuk rekod, insiden itu merupakan yang pertama sejak 19 tahun syarikat penerbangan tambang murah itu beroperasi.
Laman web Jeju Air kini memaparkan tema hitam putih sebagai tanda berkabung, dengan mesej:
“Kami memohon maaf sedalam-dalamnya kepada semua yang terkesan oleh insiden di Lapangan Terbang Muan. Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan situasi ini.”
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |